Login or Register for free!
User Block
Hi Guest
IP: 38.107.191.89

Username
Password
Who is online
US 38.107.x.x
US 66.219.x.x
US 38.107.x.x
US 38.107.x.x
Unknown 119.63.x.x
US Google spider

RAKAN BLOGGER

 

GELAGAT ANWAR

MAWAR BERDURI

MARAHKU

MELAYU BERSATU

MUSTIKACITRA INDAH

PENANG WASABI

ANAK BENDANG

TENDANG TERAJANG

PUTRA TUJUH GUNUNG

WARISAN2057

SUNGAI AIR TAWAR

PERKASA AMPANG

PESAN-PESAN

SAYANG BANGSA
GERAKAN TIMUR

Game
Navigator
Survey
Apa pendapat anda tentang perjuangan Pas?
Memperjuangkan Islam
Tidak Memperjuangkan Islam
Videos
Thumbnail
Thumbnail
Thumbnail

Semua Video Disini!

Artikel Pilihan
Icon News
03/09/2010 00:46 Comments 0 Comments


Hari ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melakak mahukan kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan terhadapa paderi gay yang cuba menyebarkan doktrin orentasi seks sejenis di Malaysia.Mereka beranggapan ini adalah ancaman kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhan.Dalam masa yang sama mendakwa hubungan sejenis merosakkan keturunan manusia.Cukup pandai mereka mengeluarkan kenyataan.Klik Sini.

Sejak bila PAS cuba menjadi hero dalam isu orang-orang Gay?Adakah selepas hudud telah disampahkan oleh Pakatan Rakyat? PAS cuba mencari hala tuju baru memperjuangkan sesuatu yang agak unik.Kenapa aku katakan ianya unik? Kerana Gay begitu sinonim didalam Pakatan Rakyat. Gay begitu dekat dengan PR dan yang jelas orang-orang PR begitu taksub dengan Gay termasuklah ulamak junjungan mereka.

Kita harus melihat kenapa penyebaran doktrin ini terjadi sedangkan perkara ini tidak pernah muncul.Kenapa mereka begitu berani berhadapan dengan pihak media menyatakan pendirian mereka sekarang? Jawapannya cukup senang kerana mereka melihat golongan mereka bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka mahu PM Malaysia nanti mengiktiraf golongan tersebut.
Ini adalah perkara yang jelas dapat kita lihat dan fikirkan.Apa yang lebih penting, kenapa PAS mahu menjadi hero didalam perkara ini? Adakah mereka secara tidak langsung mahu memburukkan pemimpin ulung PR yang diketahui umum setaraf dengan Ou Yang Wen Feng? 

Ini boleh dilihat sebagai satu strategi membalas dendam diatas perlakuan sumbang PR menolak hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama. Perjuangan itu jugalah yang menjadikan rakyat melihat PAS betul-betul memperjuangkan Islam.Apa lagi yang ada pada PAS sekarang didalam arena politik Malaysia? Tiada lagi asas yang perlu mereka perjuangkan melainkan melancarkan gerakan membalas dendam terhadap golongan yang menafikan asas perjuangan PAS.

Aku tertarik dengan kenyataan terakhir DPPWP. "Adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia untuk mendakwa mereka secara adil, dan kewajipan bagi kerajaan untuk menyiasat Ou Yang yang terang-terangan mengakui orentasi seksnya yang songsang itu,". Ini bermakna PAS setuju dengan perbicaraan yang sedang dijalankan terhadap pemimpim ulung PKR walhal sebelum ini mereka sibuk mempertahankan pemimpin ini dengan mendakwa ianya sebagai satu konspirasi kerajaan BN.

Gerakan sulit PAS sudah bermula dalam memburukkan kepimpinan PR. Misi membalas dendam mereka akan terus merosakkan perpaduan dikalangan PR. Takut kehilangan kuasa adalah punca sebenar mereka tidak berani menyatakan pendirian mereka secara terbuka tentang hudud.Apa yang ada hanyalah gerakan sulit ataupun perang saraf supaya barua-barua kepada DAP ini sedar kekuatan yang ada pada PAS. UMNO nak duduk diam je ker?

Dimana Pakatan Kuat Disitu Rakyat Merempat!!
 
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
31/08/2010 15:25 Comments 0 Comments


Beberapa blog ada menyiarkan isu kerajaan selangor cuba melakukan sabotaj terhadap satu projek kerajaan persekutuan yang terletak di bahagian Barat Laut Selangor.Klik
Di siniDisini dan Disini. Projek ini dibawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut bertujuan untuk membuat kolam takungan air berkapasiti 1.5 juta meter padu air bertujuan untuk menampung keperluan pesawah terutamanya ketika musim kemarau dan menaikkan taraf terusan freeder yang sedia ada.

Itu serba sedikit info tentang projek tersebut.Dokumen berkaitan projek boleh di lihat DISINI.Hari ini sempena hari merdeka, rakyat Selangor dihidangkan dengan kenyataan bodoh daripada Exco Pertanian yang mendakwa Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani cuba mempolitikkan bidang pertanian.Beliau mendakwa projek itu tidak dibincangkan dengan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.Klik Sini.

Daripada dokumen yang aku terima, pihak IADA telah berhubung dengan Pejabat Perhutanan Negeri Selangor yang mana ianya adalah satu jabatan dibawah kelolaan kerajaan negeri.Pihak IADA telah mula berhubung dengan Pejabat Perhutanan Negeri pada 29/10/2010 dengan menghantar surat memohon permit memasuki hutan rizab. Daripada situ terdapat beberapa perbincangan lain berkenaan projek ini..Apa yang menarik pada 6/8/2010 Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah memaklumkan kepada IADA bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Selangor MTES telah meluluskan permohonan pewartaan tanah bagi tujuan projek ini.Siapa Ahli MTES? Salah seorangnya adalah Yaakob Sapari!!!

Dokumen yang aku terima juga mendedahkan gambar-gambar projek yang sudah dilaksanakan dan mengikut sumber hanya tinggal 25% sahaja untuk didisiapkan.Setelah kerajaan persekutuan mengeluarkan belanja yang banyak untuk kepentingan pesawah, Pengarah IADA telah menerima surat arahan memberhentikan projek ini yang telah diputuskan oleh Ratu Bogel Eli Wong selaku pengerus. Apa kejadah Ratu Bogel ini masuk campur dalam urusan pertanian? Mana pegi Yaakob Sapari?Dia Exco yang bertanggungjawap atas isu pertanian.Apabila projek ini menjadi isu, seperti biasa PAS akan menjadi tukang basuh berak kepada PKR mahupun DAP.Ini adalah lumrah dalam Pakatan Rakyat.Hanya orang PAS saja yang bodoh masih belum sedar permainanan DAP dan PKR.Didalam surat tersebut juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri mahukan gantirugi sebanyak RM950 ribu untuk kos ganti rugi dan juga kos memulangkan 15 buah jentera excavator yang disita.



Persoalannya sekarang, kenapa arahan dikeluarkan selepas projek untuk kepentingan rakyat ini sudah hampir siap? Adakah ini strategi PR untuk menjadikan projek IADA ini sebagai kambing hitam untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ianya sebagai projek gajah putih? Mereka akan mencanang bahawa kerajaan BN hanya tahu menghabiskan wang rakyat. Mereka akan mengatakan BN buat projek untuk rakyat hanya separuh jalan. Mereka akan mengatakan kroni BN yang menyapu bersih duit tersebut sehinggakan projek terbengkalai. Adakah mereka tidak terfikir bahawa projek ini memberi impak yang besar kepada pesawah terutamanya ketika musim kemarau. Alasan kerajaan persekutuan menceroboh hutan rizab kerajaan negeri hanyalah alasan bodoh kerana prosedur permohonan permit telah dibuat tetapi malangnya tiada tindakan lanjut daripada mereka.

Aku menunggu kenyataan lanjut Noh Omar berkenaan projek ini.Apakah benar ianya tidak dibincangkan dengan kerajaan negeri? Dalam blog beliau telah dikeluarkan kenyataan akhbar berkenaan projek ini KLIK SINI.

Orang yang menipu kerana gilakan kuasa tidak akan mengatakan dia menipu sehinggalah perangai buruknya terbongkar.Ketika itulah dia akan mencari pelbagai sumber untuk menutup taik yang sudah dihidangkan.Ini yang terjadi kepada Yaakob Sapari.Jawapan yang diberikan tidak berkaitan langsung dengan permasalah yang sedang dihadapi oleh IADA.Sebagai rakyat Selangor kita harus melihat kemampuan mereka ini andai kebebalan mereka memerintah terbongkar!!

Dimana Pakatan Kuat Disitu Rakyat Merempat!!

 
30/08/2010 10:38 Comments 0 Comments
Salam kemerdekaan!,
Teringat aku akan cerita yang disampaikan oleh arwah orang tua ku:
Wahai anak ku, selama 400 tahun Tanah Melayu dan orang-orang Melayu dijajah dan selama itu juga lah kita dinafikan hak kita sebagai peribumi oleh penjajah. Kaum pendatang diberikan keistimewaan oleh penjajah. Mereka menikmati keistimewaan lebih daripa apa yang kita nikmati sekarang. Setiap peluang terbuka luas untuk kaum pendatang seperti menikmati kemudahan pembelajaran, perniagaan, keselesaan hidup, pinjaman dll, sedangkan orang-orang Melayu dipinggirkan dan dinafikan dari menikmati peluang-peluang yang ada oleh penjajah.
Bayangkan selama 400 tahun itu kita orang-orang Melayu tertindas di Tanah Air sendiri.
Pada ketika itu boleh dikatakan semua Profesional seperti Doktor, Pegawai Tinggi, Peguam, Artitek dll terdiri daripada kaum pendatang, berlakunya keadaan ini adalah kerana pihak penjajah tidak mahu orang-orang Melayu maju, kerana kemajuan orang-orang Melayu akan menyusahkan pihak Penjajah.
Syukurilah setiap nikmat yang Allah kurniakan pada kita ketika ini dan gunakan setiap peluang yang ada untuk memaju dan membangunkan anak bangsa kita yang jauh ketinggalan selama ini.
Bersatulah dalam satu barisan demi menjaga keutuhan Agama.
Kamu akan dihormati bila kamu bersatu dan terhinanya kamu bila kamu berpecah belah.


KGC:Renungkanlah wahai saudara-saudara ku sekelian dan jadikanlah iktibar peristiwa-peristiwa dahulu supaya kita tidak tersilap mencatur masa depan Negara tercinta ini.
29/08/2010 07:13 Comments 0 Comments
Aku tau Ustaz nie beri ceramah bukan atas dasar politik tetapi memberi pandangan dari sudut agama yang telah dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat yang kita sedia faham menghalalkan cara walaupun terpaksa mengadaikan maruah bangsa dan negara dan melacurkan agama demi kuasa.
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
28/08/2010 23:55 Comments 0 Comments

 
SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN 

KEPADA YAB MENTERI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN

MEMORANDUM MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA INSTITUSI MASJID DAN SURAU

BAHAWASANYA
Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merupakan Ketua agama Islam di Negeri Selangor  yang mempunyai segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa penuh sebagai Ketua agama Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 55(1) dan (2)  Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

MEMANDANGKAN
Institusi Masjid dan Surau merupakan institusi paling penting Umat Islam. Masjid dan Surau merupakan tempat untuk beribadah khusus. Kesucian Institusi ini adalah pra syarat keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran Umat Islam di negeri Selangor.

MENGINSAFI
Sesungguhnya menjadikan Institusi Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik akan pasti mengganggu-gugat dan memecah belahkan keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran Umat Islam di Negeri Selangor. 

SESUNGGUHNYA
Kami mendokong dan menjunjung penuh kebijaksanaan dan keArifan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang telah bertitah dalam Pemberitahuan mengenai larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak mempunyai tauliah seperti yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIS Bil. 4/2009 pada 6 Oktober 2009.

MENDAPATI
Sudah terang lagi bersuluh kini sudah terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan menggunakan Masjid dan Surau sebagai medan berpolitik, menghina, mencaci, dan menfitnah pemimpin dan sesama umat Islam. 

Mereka beroperasi dengan menggunakan mekanisme –

(a) Mengajar atau bertazkirah atau berceramah tanpa tauliah. 
(b) Orang yang bukan Islam lelaki dan wanita telah dibenarkan memasuki saf solat Masjid dan Surau
(c) Orang yang bukan Islam lelaki dan wanita telah dibenarkan berucap, berceramah dan bertazkirah dalam Masjid dan Surau

Mereka tidak memperdulikan sensitiviti Umat Islam. Sesungguhnya perkara seperti ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

MAKA KAMI, YANG MEWAKILI UMAT ISLAM NEGERI SELANGOR YANG PRIHATIN, DENGAN INI MENDESAK DAN MENUNTUT KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELALUI PEJABAT MENTERI BESAR, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIS) DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI (JAIS) MENGAMBIL TINDAKAN-TINDAKAN TEGAS SEPERTI BERIKUT :-

PERTAMA
Memecat  YB Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor yang nyata telah menyeleweng atau tidak berkeupayaan atau tidak mampu atau telah gagal menjalankan tugas dan fungsi nya sebagai Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

KEDUA
Memecat  : -
(a) Pengerusi, Imam dan Ahli Jawatankuasa Surau  di Surau Al Huda, Kajang yang telah menjemput dan membenarkan  Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching memberikan tazkirah di Surau tersebut pada 22 Ogos 2010.

(b) Nazir, Imam dan Ahli Jawatankuasa di Masjid At Taqwa, Selayang Baru yang telah menjemput dan membenarkan  Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Keen (seorang Pastor Kristian) memberikan tazkirah di Masjid tersebut pada 25 Ogos 2010.

KETIGA
Mengambil tindakan undang-undang kepada Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching dan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Keen (seorang Pastor Kristian) yang memberikan tazkirah di Surau dan Masjid tersebut tanpa tauliah.

KEEMPAT
Memberikan amaran keras kepada semua Nazir, Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Selangor supaya mematuhi Pemberitahuan mengenai larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh MAIS seperti yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIS Bil. 4/2009 pada 6 Oktober 2009 dan telah diedarkan kepada semua masjid di negeri Selangor.

MEMORANDUM INI DIHANTAR DAN DIKEMUKA oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

Safarizul Mustafa
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor
28 Ogos 2010

Itu antara isi kandungn memorandum yang dihantar oleh Pemuda UMNO Selangor kepada Khalid Lembu Gagap.Malangnya Si Lembu Gagap ini tidak berani berdepan dengan barisan Pemuda Selangor yang diketuai oleh Safarizul Mustafa dan Ungku Salleh yang hadir ke kediaman rasmi beliau semalam.Kenapa dia nak takut?Adakah takut untuk berdepan kenyataan atau malu dengan sikap bangsa sendiri yang tidak tahu menghormati etika didalam agama yang dia sendiri anuti?Sikap ini tidak harus ada didalam diri MB Lembu yang dikatakan amat hebat dalam pentadbiran.Adakah akan ada tindakan lanjut daripada Khalid Lembu Gagap?Adakah Hasan Ali akan dipanggil?Ronnie Liu sudah pasti tidak akan berdiam diri..sama-sama kita tunggu.Tahniah Pemuda UMNO Selangor..Ini yang rakyat Selangor nantikan.Berani kerana Benar!!
 
Dimana Pakatan Kuat Disitu Rakyat Merempat!!

26/08/2010 16:12 Comments 1 Comments
Ketika tsunami politik melanda pada era Pak Lah kita dapat lihat bagaimana orang-orang melayu sendiri sudah menjauhkan diri daripada Barisan Nasional.Antara punca yang dikenal pasti adalah kerana kelemahan pentadbiran Pak Lah yang dilihat membuat sesuatu keputusan yang kurang bijak.Hasil daripada itu PRU 12 telah memberi kejutan besar dalam politik Malaysia.

Selepas 2 tahun, bermula dengan pemerintahan Najid Razak kita dapat melihat bagaimana sokongan melayu kepada BN sudah kembali normal walaupun ada percubaan daripada Pakatan Rakyat yang mahu melihat UMNO dan BN hanyalah berpura2 dalam meyakinkan kembali rakyat.

Hasil daripada PRK Hulu Selangor kita dapat lihat bagaimana sokongan orang Melayu semakin baik tetapi sokongan orang2 bukan Melayu masih kekal tidak menyebelahi BN.Bagi aku lantaklah dengan bangsa pendatang kerana mereka sebelum ini hanyalah mengemis di sini dan atas belas kasihan kita juga lah mereka boleh hidup senang sekarang.

Dalam memburukkan imej UMNO dan BN, Pakatan Rakyat telah menggunakan kaedah menyerang insittusi Melayu supaya rakyat dapat melihat institusi itu hanya menguntungkan UMNO dan BN tanpa memikirkan tentang rakyat.Ini persepsi yang cuba ditanamkan oleh PR kerana mereka tahu orang melayu ramai yang telah sedar tentang hala tuju PR.
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
25/08/2010 17:01 Comments 4 Comments


Mengikut Wikipedia SURAU adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang ISLAM, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah ISLAMIAH. Surau juga adalah pusat aktiviti umat ISLAM setempat.Klik Sini

Meletop dalam blog bila gambar MP Serdang seorang Cina Kafir Harbi berada di saf paling hadapan berucap memberi tazkirah dalam keadaan tidak bertudung.Tidak bertudung itu satu hal tetapi sifat biadap beliau yang peliknya diterima seadanya oleh orang-orang PAS yang sekarang menguasai semua masjid dan surau di Selangor.Kisah Xavier masih lagi segar dalam ingatan kita sekarang kita dihidangkan dengan cerita yang sama cuma lagi advance kerana bukan sahaja seorang kafir harbi, berada di saf hadapan tetapi tidak memakai tudung yang sememangnya menjadi salah satu etika yang harus diambil berat ketika berada di masjid.Ini menunjukkan dakwaan bahawa PAS sekarang adalah barua DAP adalah betul.Tidak kiralah apa putar belit blogger upahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Aku tak nak sentuh tentang isu agama kerana aku bukannya orang yang berhak untuk menghukum tindakan tersebut dari sudut agama tetapi pandangan masyarakat setempat terhadap perkara ini harus difikirkan.Apakah yang ada didalam fikiran Amoi Serdang ini ketika sedang memberi tazkirah tersebut.Adakah dikepala beliau terbayang bahawa orang-orang PAS sekarang berada dibawah telunjuk mereka?Hebat betul cara DAP menggunakan platform Pakatan Rakyat untuk berkempen. 



Pasti akan keluar nanti alasan Amoi Celaka ini datang ke Surau Al-Huda ini adalah untuk memberi sumbangan.Walaupun menerima sumbangan janganlah diletakkan kesucian tempat kita beribadah itu dibawah tapak kaki seorang kafir yang kita sedia maklum makanannya ada yang tidak halal, tidak mandi junub tidak kira selepas haid ataupun bersetubuh.Jangan jadikan alasan orang Melayu ada yang tak mandi junub ataupun makan makanan halal.Seburuk-buruk Melayu masih ada lagi yang mandi wajib dan makan makanan halal tetapi CINA? Jawapannya didalam diri kita sendiri untuk difikirkan.Adakah AJK Surau tersebut sudah tidak mampu berfikri secara waras? Aku merasakan seperti mereka terdesak untuk menerima sumbangan seolah-olah tidak pernah ada sumbang yang diterima dalam 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ketika program Berbuka Puasa PM di Taman Seri Manja,Petaling Jaya Selatan tempohari, Nazir masjid mengatakan masjid tidak dibenarkan dijadikan platform politik sehinggakan lokasinya terpaksa diubah ke masjid lain.Nah! sekarang apa alasan yang nak diberikan bilamana seorang Cina Kafir Harbi masuk ke dalam masjid walhal matlamat asalnya adalah sama dengan Najib Razak.Ada blogger PAS yang begitu bangga dengan artikelnya memuji pengurusan masjid tersebut dengan artikel Penyudah Terindah buat Masjid Nurul Ehsan, PJS.Klik Sini.Pegi mampos dengan artikel tersebut.Membaca artikel tersebut membuat aku merasa semakin jijik dengan perjuangan PAS

Jangan jadikan agama sebagai landasan mengejar kejayaan politik tetapi gunakanlah politik itu sebagai wadah untuk memperjuangkan agama.Apa yang PAS perjuangkan sekarang? Negara Islam?Hudud?Ada persoalan yang aku nak kita fikirkan dan cari jawapan.Kenapa ucapan Cina Kafir ini tidak berucap diluar surau?Adakah PA sistem surau tersebut hanya untuk didalam surau tersebut atau inilah strategi DAP untuk menunjukkan kepada pemimpin PAS bahawa penyokong2 PAS sudah berada didalam gengaman mereka.Semoga kita mendapat jawapan yang akan menyedarkan kita dimana PAS sekarang..

Dimana Pakatan Kuat Disitu Rakyat Merempat!!
22/08/2010 14:46 Comments 0 Comments




DAP menjauhkan diri daripada soal memperbaharui perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam dengan menegaskan, kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat.

“Itu sebab isu-isu ini tidak disebutkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan Disember 2009,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu.

Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat, apa-apa perubahan dasar perlu menerima persetujuan ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam (setakat ini),” kata Lim lagi.



Tags - Del Tec Bli Spu Dig
20/08/2010 14:08 Comments 0 Comments
Di Selangor orang PAS dok sibuk bangga kononnya mereka berjaya mensabotaj program PM Najib Razak yang berbuka puasa berhampiran kawasan masjid As Salam Taman Seri Manja baru-baru ini.Mereka bangga kerana berjaya menghalang program tersebut yang pada awalnya mahu di adakan di Masjid Nurul Ehsan di kawasan PJS juga.Bersorak mereka bila mereka mendakwa berjaya menyekat majlis dari digunakan sebagai gelanggang politik.Walahal apa yang berlaku adalah program berbuka puasa bersama PM dan diadakan diperkarangan Apartment Permaisuri Permai.Berhampiran masjid tersebut jugalah didirikan khemah untuk rakyat bersua muka dengan pemimpin no 1 negara.Di kawasan perkarangan apartment tersebut jugalah diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Tidak wujud sebarang masalah pada program tersebut dan masjid tersebut juga hanya digunakan sebagai tempat menunaikan solat maghrib, isyak dan juga tarawih.Apa yang orang PAS banggakan? Program tersebut tidak diadakan di dalam masjid!!




Tags - Del Tec Bli Spu Dig
20/08/2010 11:28 Comments 2 Comments
PAS sudah jauh terpesong!


Khatib Zakaria Ahmad yang membaca doa untuk Father Joseph Lim Guan Eng dan membuang nama YDP Agong pada khutbah kedua Solat Jumaat lepas di Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor P.Pinang, adalah merupakan penyokong tegar PAS.

Dia melakukan perkara terkutuk itu diatas mimbar masjid sewaktu solat Jumaat yang dihadiri bukan hanya penganut ajaran PAS, tetapi juga semua kariah kawasan tersebut yang berbilang fahaman politik dan juga pandangan.

Zakaria telah membuktikan bahawa PAS kini semakin sesat serta melencong dari garisan Islam yang sebenar. Didalam kitab serta ajaran Rasulullah saw sendiri melarang kita mendoakan untuk kaum kafir, apatah lagi jika ia dilakukan didalam bacaan amalan wajib seperti solat Jumaat. Namun ini semua tak menjadi hal kepada pengikut ajaran PAS.

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan Zakaria Ahmad yang bergelar al fadhil ustaz dikalangan semua totok PAS.

Pada 24 Februari 2007, Zakaria Ahmad ini juga pernah dihalau oleh Naib Pengerusi Kariah Masjid Kampung Binjai kerana berpolitik secara keterlaluan didalam masjid kampung tersebut. Sebelum kejadian itu, Zakaria sering dilihat hadir ke Masjid Kampung Binjai sebagai ustaz jemputan oleh seorang imam PAS dikampung tersebut.

Walaupun sudah berkali-kali diberi amaran, kemuncaknya tiba apabila Zakaria cuba menyampaikan ceramah politik yang menyeru semua penduduk kampung memilih calon PAS pada PRU12. Ini menyebabkan dia diusir dari masjid dan juga kampung tersebut.

Jadi, bukanlah sesuatu perkara yang baru jika Zakaria Ahmad berpolitik didalam Masjid. Cuma yang mengejutkan ialah, tindakan Zakaria Ahmad ini yang tak tahu membezakan diantara amalan wajib agama dan juga ceramah politik.

Inilah bukti bahawa PAS itu memang sudah sesat dan juga menyeleweng aqidah mereka kerana mencampur adukkan agama serta politik demi kepentingan peribadi. Inilah juga bukti ketaksuban melampau para penganut PAS terhadap fahaman politik yang dianuti mereka.

Nik Aziz perlu bertanggung jawab diatas semua yang berlaku ini kerana dialah yang menyemaikan fahaman kufar serta ideologi jahilliyah terhadap semua pengikut ajaran PAS.

Institusi masjid kini tak lagi selamat jika dijangkiti oleh parasit-parasit yang bercop bulan ini. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan kegilaan puak khawarijj hijau ini berterusan merosakkan kesyumulan Islam didalam negara.

Seburuk-buruk penyokong kerajaan, tiada pula khatib masjid seluruh negeri yang mendoakan Tsu Koon semasa sebelum PRU12 dulu. Tapi inilah yang berlaku bila masjid dikuasai puak totok PAS. Kalau bukan sesat dan akidah terseleweng, apa lagi yang kita boleh panggil kepada beruk-beruk berpunggung hijau dan berserban ni?

Sumber:pilihan-anda.blogspot.com
Page 1/49 1 2 3 4 > >> >|

HAK CIPTA TIDAK ADA!, SESIAPA SAJA BOLEH GUNAKAN GAMBAR-GAMBAR ATAU ARTIKEL-ARTIKEL
DISINI SECARA PERCUMA!.  KECUALI PAKATAN HAPRAK!!.


2009-2010 Portal www.kitagempur.com