Login or Register for free!

</p> <div style="background-color: none transparent;">&nbsp;</div>

Icon Articles
Soalan Anwar Mempermainkan Ulama- Video Disertakan
Date 19/03/2010 07:56 Author beruangsakti Hits 413
Print Pdf RSS
Dalam kesibukan kita mendengar pendedahan demi pendedahan oleh Pakatan Haprak ditunjangi oleh manusia peliwat di Parlimen yang baru bersidang kita jangan terlepas pandang akan isu vcd Yusuf AL- Qaradawi yang kononnya menyokong manusia hopikrit Anwar Ibrahim.Umum telah mengetahui akan baiknya hubungan manusia hipokrit yang sentiasa bertukar topeng ini dengan ulama tersohor tersebut.Ada informasi mengatakan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan semejak tahun 80an semasa berada didalam kerajaan BN lagi.

Ulamak ini tidak perlu dipertikaikan lagi kewibawaan beliau didalam perkara2 berkaitan agama dan bukanlah tugas blogger2 untuk mempertikaikan siapa beliau tetapi bagi aku adalah menjadi tugas blogger utk menyatakan bahawa manusia hipokrit ini telah menggunakan sepenuhnya pengaruh ulama Yusuf Al- Qardawi ini untuk kepentingan peribadi beliau.



Video fatwa mutakhir Yusuf Al-Qardawi berhubung konspirasi terhadap manusia munafik ini sekarang tersebar luas hasil usaha Si Pendek AMK Shamsul Iskandar.Petang tadi video tersebut sampai ke tangan aku untuk aku hayati dan ulas apakah sebenar isi kandungnya.

Dari video tersebut, terjemahan daripada Abdul Ghani Shamsuddin, aku tak pasti siapa beliau adakah seorang ahli agama yang baik, pentafsir yang bagus mahupun penterjemah yang diiktiraf.Mengikut terjemahan beliau soalan yang ditanya adalah:

BOLEH TOLONG JELASKAN PERTUDUHAN FITNAH TERHADAP SAUDARA ANWAR IBRAHIM SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH SESETENGAH PIHAK TANPA BUKTI DAN SAKSI.JADI APAKAH PANDANGAN SYARAK MENGENAI HAL INI.

Terdapat 2 3 ayat yang agak mengelirukan diantara soalan tersebut iaitu dinyatakan bahawa Pertuduhan Fitnah dan juga Tanpa Bukti dan Saksi.Apa yang kita tau manusia munafik ini diberi petuduhan liwat dimahkamah.Apakah dikatakan fitnah jika pengadu sanggup bersumpah dan dimasa yang sama beliau mengemukakan bukti2 di mahkamah dalam mengaitkan kesalahan Anwar terhadap beliau.

Apa yang jelas disini, Yusuf Al- Qaradawi tidak diberi informasi yang betul dan juga tahap soalan yang diberikan hanyalah berbentuk meminta pandang daripada beliau.Kenapa mesti diberi tajuk FATWA MUTAKHIR.Adakah setiap kata tutur ulama ini walaupun dalam bentuk nasihat mahupun pandangan akan dikira sebagai FATWA.Siapakah yang mengiktiraf bahawa jawapan daripada Yusuf Al Qaradawi ini sebagai FATWA.Daripada video yang aku tengok, bentuk jawapan beliau hanyalah sekadar memberi pendapat atas soalan yang berpaksikan kepada pertuduhan fitnah tanpa bukti dan saksi walhal dalam kes Anwar tedapat bukti dan saksi.

Di Malaysia, setiap fatwa haruslah melalui perbincangan Muzakarah Majlis Fatwa Malaysia yang ahli2nya terdiri daripada mufti2 yang dikitiraf.Klik Disini berkenaan dengan persoalan APA ITU FATWA.

Ulasan lain.Klik Disini.
There are no comments.

HAK CIPTA TIDAK ADA!, SESIAPA SAJA BOLEH GUNAKAN GAMBAR-GAMBAR ATAU ARTIKEL-ARTIKEL
DISINI SECARA PERCUMA!.  KECUALI PAKATAN HAPRAK!!.


2009-2010 Portal www.kitagempur.com