

Kali ni si Bantot jadi badut, cuba mempertahankan kaki bontot (C.I.F.U.T) dengan menyerahkan salinan VCD fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Salinan VCD itu telah diserahkan kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Paduka Ghazali Ibrahim yang mewakili Najib diperkarangan masuk ke bangunan Perdana Putra.
Selain kepada Perdana Menteri, dua salinan VCD juga diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.
Tujuan si bantot badut ni buat begitu konon nak memberitahu pada Najib bahwa telah keluar fatwa yang memberitahu Najib harus mengambil ketetapan yang tegas samada mahu terus merencanakan fitnah jahat ini ataupun bertindak menggugurkan kes yang ternyata sangat berat sebelah (konon).
Apalah bodoh sangat si BANTOT BADOT ni?, apa kau ingat ni satu perancangan jahat ke?.
Kalau kau nak tau, boss besar kau sememangnya kaki bontot!, ni tidak dapat disangkal lagi.
Masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin yang bertiup?(kecuali ada berok macam kau atas pokok tu!!), dan bukan sekali pokok bergoyang, tapi dah banyak kali.
Najib tak lapar untuk buat perkara-perkara macam ni, buang masa dan buang angin aje!.
Kalau boss kau tu berani buat, berani tanggunglah...apahal tuduh sana tuduh sini?.
Si BANTOT BADOT ni bernasib baik sebab paras rupa tak ensem langsung, kalau tak-dah lama kena tibai pungkok dia dengan si C.I.F.U.T. tu.
Waktu tu baru kau tau siapa boss besar kau tu dan waktu tu jugak sapa yang akan percaya kau pon kena liwat jugak!.
Kau cakap serupa orang mabuklah BANTOT BADOT, mana keadilan pada Saiful sekiranya perkara ini benar-benar berlaku?.
Dan pernahkah Dr Yusof Al-Qaradawi bertanya atau berjumpa sendiri dengan Saiful tentang perkara sebenar?.
Jika Dr Yusof Al-Qaradawi mahu berlaku adil, beliau sepatutnya menyiasat terlebih dahulu, sebelum membuat fatwa.
Tindakan beliau hanya akan menzalimi orang lain, sekiranya perkara ini benar-benar berlaku.
Apa kau nak susah-susah wahai BANTOT BADOT?, kita kan ada mahkamah, biarlah mahkamah tentukan perkara ni semaada betul atau sebaliknya.
Wahai Super Bantot, tak nampak ke engkau berapa ramai rakan-rakan rapat si C.I.F.U.T lari meninggalkan dia?.
Mereka lebih rapat lagi dengan si C.I.F.U.T berbanding engkau, dan larinya mereka daripada si peliwat tu kerana mereka-mereka ni sudah tau semua tembelang si C.I.F.U.T tu.
Kenapa korang mesti takut untuk dibicarakan kes ni?, kenapa mesti banyak soal?, kalau boss kau tu benar kenapa takut?.
sudahlah bersumpah pun tak mau...pergi Mahkamah pun tak mau....apa lagi yang boss kau mau?, LIWAT???.
isshh...ishhh...ishhh
CUBA KAU DENGAR PANTUN-PANTUN YANG AKU SEDIAKAN UNTUK KAU DAN BOSS KAU:
kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?
hahaha...
Tom-tom bak,
Mak yong de deh,
Dosa liwat selambak,
Time bicara, berdalih.
Buah jering dari Jawa,
Burung gagak atas atap,
orang gila pun turut ketawa,
Dengar Anwar baca kitab.
Atas pokok ada penyegat
bau hamis si anak mamat
Kenapa anwar tak pernah ingat
meliwat tu kan nabi tak ngaku umat.
pisang emas dibawa penyu,
masak sebiji dimakan ceti,
time meliwat ko merayu2,
time bicara ko buat tak reti.
Disana gunung, disini gunung,
Ditengah-tengah burung kenari,
Saya bingung anda pun bingung,
Kenapa anwar nak cabut lari ???!?
Buah betik buat serawa,
Pandu kereta pegang setereng,
Perutku sakit menahan ketawa,
Melihat gelagat anwar yang mereng.
oklah....

Bermacam-macam perkara pelik dengan artikel merepek mereka diceritakan sama seperti orang yang terdesak untuk membalas serangan daripada blogger2 di Selangor.
Antara isu lapuk seperti pertikaian diantara Noh Omar dan Khir Toyo dengan tujuan untuk memecah belahkan UMNO Selangor.
Kononnya cerita Khir Toyo tidak menyokong tindakan Noh Omar menggantikan tong ikan dan beliau berpihak kepada rakyat dalam isu ini.
Ada juga diselitkan cerita Khir Toyo seolah-olah berhasrat menyertai Pakatan Haprak.
Bagi aku tidak ada kaitan langsung tindakan Noh Omar menggantikan kotak ikan dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh Khir Toyo di Selangor.
Noh Omar lebih tau apa yang terjadi di kementerian beliau dan aku yakin Khir Toyo bukanlah orang yang suka campur tangan didalam setiap tindakan yang diambil oleh mana-mana kementerian sekiranya perkara tersebut untuk kebaikan rakyat.
Tujuan sebenar cerita mengarut ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan UMNO Selangor terus berantakan sehingga PRU dan memudahkan kerja-kerja mereka untuk mengekalkan kuasa.Noh Omar dan Khir Toyo telah mengeluarkan kenyataan masing-masing.
Klik Disini.Ini adalah satu cubaan yang menarik daripada puak-puak blogger MB Lembu tetapi isu lapuk rakyat dah muak nak baca..so nasihat aku..dapatkan nasihat dari chief of blogger korang..si suhaimie sri muda apa perlu nak buat..
.jpg)
Kekadang terfikir juga dihati aku ini, memang nasib para pejuang sering diperlakukan sebegini rupa.
Ramai orang yang mengambil kesempatan di atas mereka, tetapi kurang sangat yang benar-benar boleh menghulurkan bantuan kepada mereka.
Dari aspek perjuangan mereka-mereka ini tidak dapat dinafikan, peranan mereka berhujah, menulis, mempertahankan kerajaan BN di blog-blog mereka, telah memberi suatu impak yang besar kepada senario politik negara.
Tanpa mereka-mereka ini UMNO dan BN dilihat sebagai parti yang sudah putus haid!, yang sudah tidak relevan dengan zaman sekarang.
Hanya orang-orang yang buta dan tuli perjuangan atau mereka-mereka yang sudah mati jiwa perjuangan saja yang tidak nampak akan usaha usaha murni blogger-blogger ini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk melahirkan seorang pejuang yang tulus dan ikhlas seperti mereka, kerana kebanyakan yang mengaku pejuang hanya seperti debu-debu yang berterbangan, tidak ada nilai disisi agama, bangsa dan negara dan boleh diibaratkan seperti "meriam buluh" - mengaku pandai melakukan sesuatu perkara tetapi dusta belaka.
Mereka-mereka yang telah "putus haid" atau "meriam buluh" dalam perjuangan ini adalah orang-orang yang pandai mengambil kesempatan daripada usaha orang lain dan pandai pula melobi sana sini untuk kedudukan, pangkat, projek dan seribu-satu macam perancangan untuk diri sendiri.
Mereka tidak memikirkan maruah agama dan bangsa yang sedang dicaci dan dihina, sebaliknya mereka lebih berminat membesarkan tembolok mereka sahaja.
Para pemimpin atasan seolah-olah tidak berkeupayan untuk melakukan sesuatu bagi membantu blogger-blogger barisan hadapan untuk meneruskan perjuangan.
Mungkin pemimpin atasan sendiri tidak melihat betapa pentingnya pertempuran di alam maya?, atau mereka pun serupa dengan golongan yang telah "putus haid" atau "meriam buluh" tadi?, walwahuallam.
Jika kapal disebelah sana (pembangkang) mampu untuk mengatur dan menyusun semula strategi pertempuran mereka dialam maya, mengapa kita masih terhegeh-hegeh untuk melakukannya?, sedangkan kita mempunyai banyak kelebihan berbandingkan pembangkang.
Apakah kita sudah kehabisan idea?, kehabisan duit?, apalah ada dengan duit orang UMNO yang banyak itu, jika tidak dapat disalurkan kepada pejuang-pejuang supaya perjuangan maya dapat diteruskan.
Aku rasa sudah sampai masanya ahli-ahli "Koperat" dalam UMNO yang tidak kurang ramai dan kaya-raya pula, turun padang membantu semua para blogger pro UMNO dalam pertempuram dialam maya ini.
Takkan tak boleh sumbang sedikit untuk perjuangan?, daripada duit habis untuk bermegah-megah, berfoya-foya kan lebih baik disumbangkan sedikit supaya dapatlah blogger-blogger ni menambah apa yang kurang pada peralatan "perang" mereka atau boleh dapatkan "gadget-gadget" terkini untuk digunakan dalam pertempuran maya ini.
Ibarat kata pepatah: CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA BERCANTUM JUGA.
Adalah tidak logik kiranya pertempuran dialam maya ini dipandang rendah oleh pemimpin atasan UMNO.
Mereka harus membuka mata dan sedar dari mimpi dan lamunan indah mereka, mereka mesti buang keadaan selesa yang mereka ciptakan dan buang sifat berpuas hati dengan kekurangan!, mereka harus bersedia bersama blogger-blogger mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Alang-alang berdakwat, biarlah sampai hitam dan seterusnya kita harapkan agar: HILANG KEMARAU SETAHUN OLEH KERANA HUJAN SEHARI.
Alangkah baik kiranya kita semua dapat memahami antara kita dan bekerjasama sesama kita, supaya kita menjadi TUAN ditanah air sendiri dari menjadi pencacai dan barua dibumi kita ini.
Renungkanlah pantun-pantun dibawah ini agar dapa memberi menafaat pada kita semua.
Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah di dalam perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Inikan pula cicak mengkarung.
Rotan siput rotan berlengkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
Sekian.
.jpg)
.png)
Di antara yang belum diguna pakai ialah Anwar Ibrahim tidak 'jatuh sakit' lagi sama ada beliau di dalam mahu pun luar negeri. Tapi nampak gayanya, Anwar Ibrahim mungkin menggunakan kaedah 'jatuh sakit' di luar negeri dan 'terpaksa' berehat untuk beberapa bulan di sana sehinggakan kes beliau tertangguh lagi!
Beliau sebenarnya boleh 'jatuh sakit' di dalam negara tetapi pergerakan beliau bertambah rumit dan akan diawasi dengan lebih teliti.
Realitinya, tidak ada sesiapa pun di dalam dunia ini yang mahu melengah-lengahkan kaedah untuk membersihkan nama baik masing-masing kecuali Anwar Ibrahim.
Dan sebagai seorang Islam, beliau sepatutnya bersyukur kerana telah dipermudahkan untuk membersih nama beliau dengan cepat dan senang melalui angkat sumpah muhabalah (sumpah laknat).
Dalam kurang daripada 10 minit, Anwar Ibrahim akan menidakkan segala tuduhan liwat ke atas beliau dan mungkin ada yang kembali menyokong beliau. Tetapi beliau tidak mahu melakukannya juga.
Kenapa ?
Jawapannya hanya satu iaitu Anwar Ibrahim memang meliwat. Itu sahaja.
Dan kemungkinan besar batalion peguam Anwar Ibrahim akan cuba mencari kesalahan atau keraguan di dalam bukti-bukti supaya kes tersebut digugurkan di atas kesilapan teknik.
Peguam Anwar berjaya menggunakan kaedah tersebut sebelum ini sehinggakan dakwaan liwat beliau digugurkan walau pun hakim menerangkan bahawa segala bukti membuktikan bahawa Anwar Ibrahim cenderung untuk melakukan aktiviti luar tabii.
Jika Anwar Ibrahim dibebaskan, Anwar Ibrahim akan meneruskan agenda politik dan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Itu sudah pasti.
Tetapi, apakah strategi politik Anwar Ibrahim jika keputusan mahkamah tidak seperti yang beliau harapkan?
Yang pastinya, karier politik akan terkubur didalam lokap dan parti politik pembangkang akan hancur berderai.
Kemungkinan di antara strategi Anwar Ibrahim :-
1. Beliau berkemungkinan besar akan mengulangi teknik lama beliau seperti lari dan menyembunyikan diri di kedutaan asing.
2. Beliau mungkin berpura-pura sakit semasa lawatan di luar negara dan tidak 'dibenarkan' oleh doktor di sana untuk pulang ke tanah air di atas sebab-sebab kesihatan.
3. Beliau terjun dari bangunan ?
Kita tunggu dan lihat. Tetapi Anwar Ibrahim tidak patutlah meniru idea-idea di atas kerana semuanya itu hak cipta terpelihara!





202.58.x.x
38.107.x.x
60.50.x.x










